Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Nafiizwan nafi hajat juara bertahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafiizwan7418.jpg
Nafiizwan Adnan berjaya menyingkirkan pilihan pertama yang juga penyandang juara, Nick Matthew, untuk mara ke separuh akhir perseorangan lelaki acara skuasy Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi. 

Kejayaan Nafiizwan itu tidak hadir dengan mudah apabila dipaksa bertarung selama 81 minit dengan wakil England itu. 

Kedua-dua pemain saling merampas set yang menyaksikan pemain utama Malaysia itu terlebih dahulu mendominasi. 

Begitupun, setiap kali memenangi set, dia menyerah mudah kepada lawannya, 7-11, 11-6, 10-12, 11-4, sehingga memaksa permainan diheret ke set penentuan. 

Selepas berhempas pulas, dia akhirnya melakar kemenangan 6-11 untuk menempah pertemuan dengan seorang lagi pencabar dari England, James Willstop, yang kini menghuni ranking ke-14 dunia, esok. 

"Pertama sekali, saya mahu mengatakan Alhamdulillah. Kunci utama kemenangan saya hari ini kerana saya tidak menganggapnya sebagi legenda. '

"Bagi saya, dia adalah idola saya. Dia sudah menang berkali-kali Kejohanan Dunia. Dalam gelanggang hari ini, saya hanya menjadi diri saya sendiri.

"Apa kekuatan saya, saya gunakan dan apa kelemahan saya, saya kurangkan. Ini adalah kemenangan paling besar dalam hidup saya.

"Selama ini, saya mahukan medal Sukan Komanwel. Ia adalah hadiah untuk Malaysia dan kedua-dua ibu bapa saya," kata Nafiizwan selepas perlawanan itu.

Advertisement

Must Watch Video