Berbaki dua hari lagi sebelum Kejohanan Kebangsaan Skuasy membuka tirai perlawanan 8 Jun ini, atlet skuasy negara, S. Sivasangari, menjalani fasa latihan terakhirnya.
Sivasangari berkongsi kepada Astro Arena bahawa dia berada di tahap terbaik selepas berjaya mara ke aksi suku akhir Kejohanan Platinum Skuasy baru-baru ini sekaligus bersedia meraih gelaran juara kebangsaan keduanya.
"Ia merupakan musim yang panjang bagi saya tetapi latihan yang telah dijalani akan memberangsangkan dan saya tidak sabar untuk beraksi dalam saingan kejohanan kebangsaan," katanya.
"Saya meletakkan sasaran untuk memenanginya dan bakal berdepan rakan senegara yang lain, tetapi saya baru sahaja memenanginya sekali jadi mahu cuba mengulangi pencapaian saya dalam kejohanan ini.
"Rachel Arnold dan Aifa Azman antara pencabar utama bagi saingan kali ini, mereka tidak akan memberikan jalan mudah namun saya tetap akan berusaha menghasilkan permainan terbaik."