SUKAN LAIN
Skuasy Kejohanan Kebangsaan: Ivan Yuen bakal tampil corak permainan baru
Menjelang saingan pembukaan skuasy Kejohanan Kebangsaan -- juara bertahan empat tahun berturut-turut division perdana lelaki, Ivan Yuen, memberikan bayangan kempen kali ini bakal menyaksikan corak permainan yang berbeza darinya berbanding musim terdahulu.
Dominasi Ivan dalam kejohanan kebangsaan bermula edisi 2017 hingga 2020, sebelum kempen musim lalu dibatalkan ekoran COVID-19 -- antara faktor utama pemain berusia 32 tahun itu mengambil tindakan drastik ialah untuk kekal relevan dalam misi bersaingan dengan pemain jauh lebih muda.
Ivan mendapat bye di pusingan pertama dan dijangka mara ke pusingan separuh akhir jika dapat kembalikan prestasi terbaiknya dengan pemain berpenggalaman seperti Addeen Indrakie menjadi halangan utamanya ke final.
Iklan
"Sememangnya berdepan lawan yang lebih muda memerlukan saya untuk menukar corak permainan. Ia amat penting pengalaman yang dimiliki untuk digunakan apabila semakin meningkat usia," kata Ivan.
Sementara itu, juara bertahan saingan wanita, Rachel Arnold, mempunyai misi peribadi untuk dilunaskan dengan menjadikan kejohanan kebangsaan sebagai platform kembalikan keyakinan dirinya ketika beraksi.
Rachel terbuka berkongsi antara elemen penting yang menjadi faktor utama hala tuju prestasi pemain disamping mengekalkan tahap kecergasannya -- jika mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada 2020.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Rachel tidak berselindung menamakan S. Sivasangari dan Aifa Azman sebagai cabaran utamanya untuk status yang terbaik negara.
"Berdepan lawan dalam gelanggang, keyakinan amat diperlukan. Perkara paling penting tidak terlalu kecewa dengan apa yang berlaku di gelanggang," kata Rachel.
"Saya telah lama tidak bertemu Sivasangari dan Aifa semestinya mereka akan menghadirkan ancaman untuk kejohanan kali ini."
Must-Watch Video