Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Individu Asia: Syafiq, Aifa ke pusingan ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syafiq-jamal.jpg
Pemain skuasy lelaki negara, Syafiq Kamal, menepati sasaran peribadinya untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Pemain kidal itu meraih kemenangan mudah 11-9, 11-7, 11-4 ke atas wakil Korea Selatan, Lee Se Hyun, dalam pusingan kedua.

Bagaimanapun, Syafiq mengakui bahawa dia perlu menggandakan usahanya bagi menentang pilihan kedua kejohanan dari Hong Kong, Yip Tsz Fung, dalam pusingan ketiga, esok. 

"Ia tidak terlalu mudah kerana saya pernah menyaksikan permainannya sebelum ini.

"Dia merupakan pemain yang bagus, jadi saya tidak boleh mengambil mudah dan perlu bersedia," katanya.

Sementara itu, jaguh perseorangan wanita, Aifa Azman, berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkannya selepas menundukkan wakil Iran, Fereshteh Egtedari, 11-3, 11-7, 11-7 dalam pusingan kedua. 

Aifa menganggap cabaran selepas ini merupakan yang terpenting selepas dia perlu menghadapi pemain pilihan keenam, S. Sivasangari, dalam pusingan ketiga. 

"Saya gembira dengan prestasi saya hari ini kerana saya tidak bermain dengan baik dan terkandas dalam pusingan kedua minggu lalu.

"Ia permulaan yang baik hari ini, jadi saya akan bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video