SUKAN LAIN
Skuasy Individu Asia: Rachel, Syafiq terkandas
Langkah dua pemain skuasy negara, Rachel Arnold dan Syafiq Kamal, dalam Kejohanan Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, terhenti dalam pusingan ketiga sebaik tewas kepada lawan masing-masing, hari ini.
Rachel bermula baik dengan mendahului 2-0 dalam dua set pertama, namun Tanvi Khanna dari India bangkit mengungguli baki perlawanan untuk mengetepikan pemain pilihan ketujuh kejohanan itu 3-2.
Pemain yang berada di ranking ke-47 dunia itu mengakui kehilangan keyakinan dalam set ketiga yang memberikan ruang buat lawannya itu meraih kemenangan.
Iklan
"Saya amat yakin dalam dua game pertama, namun saya kehilangannya selepas itu dengan kerap melakukan kesilapan," katanya
Sementara itu, jaguh lelaki negara, Syafiq, kecewa selepas tunduk kepada pilihan kedua dari Hong Kong, Yip Tsz Fung, 11-8, 11-4, 11-6.
Bagaimanapun, Syafiq belum mahu menyerah kalah dan berazam untuk bangkit dalam Kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Australia, hujung bulan ini.
"Ia sememangnya sukar buat saya, namun saya telah memberikan 100 peratus.
"Ia satu kepuasan, cuma perancangan permainan saya tidak menjadi dan dia boleh mengatasinya.
"Saya agak panik dan tidak tahu apa untuk dilakukan.
"Apabila saya hilang fokus, saya memberikan banyak mata untuknya," katanya.
Must-Watch Video