SUKAN LAIN
Skuasy Individu Asia: Nafiizwan terus cemerlang
Pemain skuasy lelaki negara, Nafiizwan Adnan, mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini selepas menewaskan lawan dari Filipina, Robert Andrew Garcia.
Nafiizwan meneruskan kecemerlangannya di laman sendiri dengan mencatat kemenangan 'straight set' 13-11, 11-8, 15-13.
Dalam laluannya untuk meraih gelaran juara, jaguh perseorangan itu mengakui dia perlu menggandakan usahanya selepas akan bertemu pilihan utama kejohanan, Saurav Ghosal, dalam suku akhir, esok.
Iklan
"Alhamdulillah saya menang 3-0.
"Menang tetap menang walaupun ia sukar.
"Saya rasa dia bermain dengan agak baik kerana bebas daripada sebarang tekanan.
"Itu adalah faktor utama," katanya.
Sementara itu, wakil wanita negara, S. Sivasangari, terus mengukuhkan statusnya sebagai pemain muda terbaik selepas mara ke suku akhir dengan menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, 6-11, 11-5, 11-7, 11-7.
"Saya tidak mengambil mudah kerana Aifa seorang pemain remaja yang sedang meningkat naik.
"Saya tidak berasa baik sejak menjalani latihan pagi tadi dan saya tahu saya perlu memaksa diri saya untuk beraksi baik.
"Saya melakukannya dengan baik hari ini dengan menumpukan kepada permainan saya berbanding lawan," katanya.
Seorang lagi pemain lelaki negara, Yuen Chee Wern, pula terpaksa bergelut sebelum bangkit menewaskan pemain Jepun, Endo Tomotaka, 10-11, 11-5, 11-9, 11-0.
Must-Watch Video