Pemain skuasy lelaki negara, Nafiizwan Adnan, berada di landasan tepat untuk menjuarai Kejohanan Skuasy Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, selepas meraih kemenangan mudah ke atas wakil Nepal, Archant Simha.
Nafiizwan memaparkan aksi cemerlang di gelanggang sendiri untuk mencatatkan kemenangan dalam pusingan kedua, hari ini.
Pemain yang akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat itu menundukkan Simha menerusi keputusan 'straight set' 11-2, 11-4, 11-3 untuk melangkah ke pusingan ketiga.
Pemain berusia 33 tahun berkenaan menjelaskan dia hanya akan memuktamadkan keputusan persaraannya selepas tamat kejohanan di Bukit Jalil itu
"Alhamdullilah, saya dapat meraih kemenangan selesa malam ini.
"Saya perlu memastikan keadaan saya terus berada di tahap terbaik dan cergas bagi menghadapi perlawanan seterusnya," katanya.
Turut melangkah ke pusingan ketiga adalah seorang lagi wakil negara, Ng Eain Yow, yang menundukkan lawan dari Taiwan, Chen Wun Lin, 11-0, 11-3, 11-2.
"Saya berasa agak bernasib baik sebab berdepan lawan mudah dalam pusingan kedua.
"Namun, saya tetap perlu memberikan 100 peratus fokus dalam setiap perlawanan," katanya.
Sementara itu, pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, yang turun selaku pilihan keempat dan mengetuai cabaran negara dalam kejohanan itu, berpuas hati selepas menewaskan rakan senegara, Chen Yiwen, 11-5, 11-8, 11-1.
"Keputusan itu nampak mudah, namun terdapat rally panjang dalam perlawanan itu.
"Saya berasakan Yiwen seorang pemain remaja yang sedang meningkat naik," katanya.