Skuad skuasy wanita negara mudah menewaskan pasukan pilihan keempat, England, 2-0 untuk ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, S. Sivasangari memberikan mata negara dengan menewaskan Sarah Jane Perry 4-11, 11-7, 11-8, 11-6 dalam masa 40 minit.
Turut cemerlang, Aira Azman, yang tidak berdepan masalah untuk menumbangkan Lucy Beercroft 5-11, 13-11, 11-7, 11-6 selepas bertarung selama 39 minit.
Dengan kemenangan itu, skuad negara akan menantikan pemenang di antara India dan Amerika Syarikat bagi penentuan ke final esok.