Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Berpasukan Asia: Skuad negara mara ke separuh akhir

skuiasy.jpg
Skuad wanita negara mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia dengan bergaya apabila menewaskan Filipina 3-0.

Aifa Azman menyumbang mata pertama selepas menundukkan Jemyca Aribado dengan keputusan straight set 11-1, 11-7, 11-8.

Diikuti dengan kemenangan mudah Chan Yiwen ke atas Alyssa Dalida, 11-2, 11-1, 11-3.

Ainaa Amani mengesahkan slot skuad wanita ke separuh akhir apabila menewaskan Lizette Reyes 11-3, 11-6, 11-3.

Malaysia menjuarai saingan peringkat Kumpulan B dengan 130 mata keseluruhan. 

Sementara itu, skuad lelaki negara turut berjaya menjuarai Kumpulan B dengan 210 mata keseluruhan sekaligus mara ke saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia selepas menewaskan Sri Lanka 3-0.

Pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow, membuka tirai perlawanan akhir peringkat Kumpulan B, menundukkan Shamil Wakeel dengan keputusan 11-7, 11-7, 11-7.

Diikuti dengan Ivan Yuen menyumbang mata kedua buat kem negara selepas menang ke atas Ravindu Laksiri dengan keputusan 11-7, 11-9, 11-7.

Mohd Syafiq Kamal melengkapkan kemengan selepas menang mudah ke atas Sheriff Hakeem, 11-3, 11-4, 11-5.

Skuad lelaki negara bakal berdepan Jepun dalam aksi separuh akhir esok.

Advertisement

Must Watch Video