Skip to main content

Sukan Lain

SKUASY - Aksi cemerlang S. Sivasangari dalam Terbuka Singapura berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sivasangari_sin.jpg
Impian ratu skuasy negara, S Sivasangari untuk mara ke separuh akhir Terbuka Singapura tidak tercapai selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Sarah-Jane Perry dari England pada Jumaat.

Sivasangari yang tampak cukup bermotivasi selepas mengejutkan pilihan pertama, Nour El-Tayed dari Mesir di pusingan kedua pada Khamis, mendapati Perry sukar untuk dijinakkan.

Pemain negara tewas empat set 11-8, 9-11, 10-12 dan 7-11 dalam pertarungan selama 43 minit.

Perry yang belum pernah tewas kepada Sivasangari dalam dalam tiga pertemuan, bangkit dairpada kekalahan set pertama untuk membuka pendahuluan 5-2 di set keempat dan merapati kepada 10-7 dan meraih mata akhir pada bola kedua perlawanan untuk mara ke separuh akhir pertamanya sejak Terbuka Manchester 2022.




"Di sebalik menjadi pemain pilihan, tekanan bukan pada saya," kata Perry. "Sivasangari catat kemenangan mengejutkan semalam menentang Nour.

"Justeru saya rasa Sivasangari mahu meneruskan momentum selepas kemenangan itu sedangkan saya berpendapatkan tidak ramai peminat yang letak harapan tinggi pada saya."

Advertisement

Must Watch Video