Skip to main content

Sukan Lain

Skuad wusyu terima dua pakar baru dari China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wusyu.jpg
Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM) mendapat kelulusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melantik dua jurulatih baru daripada China yang bakal tiba awal tahun depan. 

Kedua-dua jurulatih antarabangsa itu bakal bertanggungjawab dalam misi negara untuk meraih pingat emas dalam temasya berprestij, iaitu Sukan SEA Vietnam 2021 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.

"Saya mahu berterima kasih kepada MSN kerana memberi WFM peluang untuk memohon dua lagi jurulatih dari China. 

"Kami mahu mereka diberikan kontrak dua tahun bagi kejohanan pada 2021 dan 2022. 

"Tadi kami ada bangkitkan, ia diterima dalam mesyuarat tadi tapi perlu tunggu kelulusannya," kata Presiden WFM, Datuk Chong Kim Fatt. 

 

Advertisement

Must Watch Video