Skip to main content

Sukan Lain

Skuad wusyu tagih sentuhan bekas jaguh dunia China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wong-weng-son-wusyu.jpg
Atlet wusyu negara, Wong Weng Son, optimis sentuhan jurulatih baru dari China, Mao Ya Qi, mampu memantapkan persiapan skuad negara menjelang Kejohanan Wusyu Dunia, Oktober depan, serta Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan. 

Weng Son berharap Ya Qi mampu membantunya kembali bergelar juara dunia seperti yang dilakukannya di Russia, dua tahun lalu.

Bekas jaguh dunia itu akan berkelana ke Malaysia selama tiga bulan bagi membantu skuad wusyu negara daripada segi teknikal.

Ya Qi bukan lgi nama asing dalam arena wusyu , malah sebelum ini pernah melatih atlet negara pada 2011, termasuk membabitkan dua jagoan wusyu negara, Tai Cheau Xuen dan Diana Bong.

"Kehadiran jurulatih baru menyuntik keyakinan saya sebab setiap jurulatih mempunyai pengalaman tersendiri dan pengetahuan yang lebih tinggi akan memberi faedah kepada skuad negara. 

"Ia boleh membantu prestasi skuad negara," kata Weng Son.

Dalam masa sama, Tan Cheong Min mengakui prestasi skuad wusyu yang semakin merudum mampu diatasi Ya Qi menjelang Kejohanan Dunia di Shanghai dan Sukan SEA 2019. 

"Tahap persembahan saya ketika ini tidaklah begitu bagus tetapi masih memuaskan di peringkat antarabangsa. 

"Jadi dengan kehadiran jurulatih baru, dia pasti boleh membantu saya mencari jalan bagaimana untuk mengelak mata daripada terus dipotong ketika beraksi serta menjadikan mutu persembahan saya lebih matang," ujar atlet negara itu. 

Advertisement

Must Watch Video