BOLING
Skuad wanita negara muncul naib juara Piala Dunia Boling Tenpin
Skuad boling berpasukan Wanita terpaksa berpuas hati selepas bergelar naib juara Piala Dunia Boling Tenpin 2025 selepas ditewaskan Amerika Syarikat 3-2 di Kowloon, Hong Kong, sebentar tadi.
Wakil negara yang dibarisi Natasha Roslan, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Gillian Lim cuba untuk bangkit selepas ketinggalan 1-2, namun lawan yang beraksi dengan kemas mudah melakar kemenangan 214-195, 211-222,198-176, 220-210, 212-180.
Sebelum ini, wakil negara menewaskan juara bertahan dalam saingan suku akhir iaitu Sweden, 3-0, sebelum menyingkirkan Macau din separuh akhir untuk mara ke pentas akhir.