Skip to main content

Sukan Lain

Skuad ragbi tujuh sepasukan impi pingat emas Sukan SEA 2017

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skuad-ragbi-tujuh-sepasukan-impi-pingat-emas-sukan-sea-2017.png

Pasukan ragbi tujuh sepasukan negara menyimpan impian menggunung apabila mahu menamatkan badi penantian emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ragbi tujuh sepasukan mula dipertandingkan dalam Sukan SEA 1969 di Rangoon, Burma, yang kini dikenali sebagai Myanmar.

Namun, untuk beberapa edisi selepas itu, sukan ini kerap kali digugurkan kerana tidak memberikan kelebihan buat tuan rumah yang menganjurkannya.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah meraih pingat perak dalam Sukan SEA Chiangmai 1995 dan Singapura 2015.

"Berdasarkan pencapaian pada 2015, kami cuba untuk mendapatkan pingat emas, tambahan beraksi di Malaysia memberikan kelebihan kepada kami," ujar pengendali pasukan, Saizul Hafifi Md Noor.

Tidak seperti negara jiran yang bergantung kepada pemain naturalisasi, skuad ragbi tujuh sebelah negara menyandarkan seratus peratus kepada tenaga tempatan.

Bulan ini, skuad kendalian Saizul akan terbang ke Sri Lanka untuk menjalani siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Sasaran kami adalah mahu mencipta sejarah sebagai skuad tujuh sepasukan yang pertama untuk mendapatkan pingat emas buat Malaysia," kata pemain, Zulkiflee Azmi.

Advertisement

Must Watch Video