Skip to main content

Sukan Lain

Skuad ragbi 7s bakal terima sentuhan pakar luar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-nyuk-fah.jpg
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bercadang mendapatkan khidmat jurulatih luar negara untuk membimbing skuad lelaki dan wanita 7s negara bagi menghadapi musim 2020. 

Jurulatih yang masih belum diketahui identitinya itu kini dalam senarai pemantauan mereka dan individu dari New Zealand disebut-sebut antara dalam senarai pendek berkenaan.

Menurut Pengarah Kejurulatihan, Lee Nyuk Fah, sentuhan antarabangsa itu juga adalah sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Kejohanan Asia 7s, Ogos depan.

Bagaimanapun, perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan terlebih dahulu dan
keputusannya hanya akan diketahui pada 24 Februari ini.

"Mereka (calon itu) berasal dari sebuah negara berkuasa besar dan merupakan jurulatih profesional.

"Ia satu pendekatan untuk terus ke depan.

"Kami harus belajar dengan bersikap rendah diri dan berbesar hati untuk mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih dari negara yang lebih maju dalam sukan ini," kata Nyuk Fah.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan kontrak jurulatih pasukan ragbi 15s, Brad Mika, telah dilanjutkan dalam usaha membantu pasukan kebangsaan mengharungi Kejohanan Perdana Asia (ARC), Mei depan.

"Program mereka akan bermula bulan depan untuk menghadapi ARC yang bermula dari Mei hingga Jun depan." 



Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Advertisement

Must Watch Video