Skip to main content

Hoki

Skuad projek hoki negara tumbangkan Australia Barat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-skuad.jpg
Pakar pukulan sudut penalti, T. Perabu, muncul wira apabila meledak dua gol untuk membantu Skuad Projek Khas Lelaki menewaskan Australia Barat 3-1 pada aksi persahabatan di Bukit Jalil.

Skuad kendalian Mohd Amin Rahim, yang ketinggalan pada suku pertama, bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Haris Iskandar, di suku kedua.

Selepas rehat, Perabu bijak memperdayakan pelari pertama pihak lawan untuk meletakkan Malaysia di depan. 

Sebelum, pertahanan berusia 20 tahun itu mengesahkan kemenangan sulung aksi persahabatan tersebut menerusi tolakan kencang di suku terakhir.

Kemenangan 3-1 menjadi amaran awal untuk Malaysia mendominasi empat aksi persahabatan sebagai persediaan Piala Dunia Remaja, Disember depan.

"Saya rasa ini persembahan yang baik ditunjukkan pasukan selepas pulang dari Oman. Kita nak mereka (pemain), walaupun main dalam kesakitan dan kepenatan, tapi menunjukkan permainan yang baik. Itu kita mahu. Banyak elemen perlu ditambah baik," kata Amin.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video