Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) giat mempersiapkan kontinjen negara menuju dua kejohanan utama tahun ini iaitu Sukan Deaf SEA Jakarta pada Ogos serta Deaflympics Jepun, November depan.
Sasaran 15 pingat emas menjadi fokus utama buat hampir 90 atlet yang bakal bertanding dalam Sukan SEAF SEA, manakala tiga emas dalam Deaflympics menerusi acara badminton, boling dan olahraga.
Menurut Presiden MSDeaf, Dr Ong Shin Ruenn, segala persiapan telah bermula sejak tahun lalu yang melibatkan latihan pusat di enam negeri termasuk Terengganu, Perlis dan Sabah.
Setiap lokasi ditetapkan mengikut disiplin sukan tertentu bagi memastikan intensiti latihan mampu dilaksanakan dengan lancar.
"Kami mendapat sokongan daripada kerajaan melalui Majlis Sukan Negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga memperuntukkan RM3 juta untuk Deaflympics negara," katanya.