Skip to main content

Hoki

Skuad negara terima suntikan semangat -- Razie

21617razie.jpg
Pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Najmi Farizal Jazlan, mencipta gandingan mantap apabila gerakan mereka menyumbang gol untuk membawa Malaysia menyertai kelompok lapan terbaik separuh akhir Liga Hoki Dunia di London.

Razie menjaringkan dua gol manakala Najmi satu gol untuk membantu skuad negara menewaskan China 5-1 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Hoki Lee Valley, awal pagi tadi.

Razie, yang mengumpul tiga gol dalam kejohanan itu, melahirkan rasa lega kerana dapat memberikan sumbangan kepada skuad negara, terutama dalam perlawanan penting.

"Kemenangan ini (menentang China) sangat penting kerana kami tidak perlu lagi menunggu nasib daripada perlawanan lain. Alhamdullillah kami dapat tiga mata dan menamatkan perlawanan
dengan keputusan 5-1. 

"Kemenangan ini juga memberi motivasi kepada kami untuk bermain dalam suku akhir nanti."

Sementara itu, penampilan Najmi turut membuktikan dia juga mampu mengambil pukulan sudut penalti di pentas yang penting seperti ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan semua pihak yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil pukulan itu. Saya akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin," katanya.

Mengulas mengenai jaringan pertama di pentas antarabangsa, Najmi berkata: "Ya ini adalah jaringan pertama di peringkat antarabangsa. Saya berasa sangat gembira dapat menterjemahkannya kepada jaringan."

Perjalanan skuad hoki negara di London bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada pasukan terbaik dunia, Argentina, 2-5. 

Malang berterusan selepas dibelasah England 7-3 tetapi kebangkitan bermula selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dan diikuti China 5-1.

Advertisement

Must Watch Video