MEMANAH

Skuad memanah sedia sahut cabaran jurulatih baru

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
29/03/2025
10:36 MYT
Sponsor Banner
Skuad memanah sedia sahut cabaran jurulatih baru
Muka baru dalam skuad recurve kebangsaan, Muhammad Syafiq Busthamim, teruja dengan pelantikan ketua jurulatih, Kim Jae Rack.
Syafiq menyifatkan walaupun baru seminggu menggalas amanah daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), banyak perkara yang dapat dipelajari atlet kebangsaan lebih-lebih lagi dalam pemantapan teknik asas memanah.
Jae Rack dijangkakan akan memperkenalkan program latihannya selepas cuti Hari Raya ini.
"Seminggu pertama latihan di bawahnya masih santai kerana sesi pada Ramadan.
"Tetapi dia selalu tegur mengenai cara panahan.
"Selepas cuti Hari Raya, barulah latihan sebenar bermula sebelum ke Piala Dunia Shanghai.
"Namun, saya akan tetap membawa pulang peralatan untuk berlatih ketika cuti Hari Raya," kata pemanah recurve kebangsaan itu.
Dalam pada itu, bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Syafiq dan olimpian negara, Syaqiera Mashayikh, mempunyai cerita tersendiri dalam persiapan mereka untuk beraya di kampung halaman.
"Saya selalu juga balik, keluarga juga selalu datang ke sini. Sepanjang dalam program, hanya sekali sahaja saya tidak dapat pulang.
"Tapi Raya kedua saya sudah memulakan latihan," kata Syafiq.
Tambah Syaqiera, "Jurulatih memberi cuti panjang jadi bolehlah saya meluahkan masa bersama keluarga."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video