ENGLAND 4 MALAYSIA 1
Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di tangga keempat selepas tewas kepada England 4-1 di Pusat Hoki Lee Valley, London, sebentar tadi.
England menunjukkan taring seawal minit kelima apabila Harry Martin mejaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.
Empat minit kemudian, David Ames meletakkan England dalam kedudukan selesa dengan jaringan gol padang sebelum Martin sekali lagi muncul menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-28.
Skuad Malaysian Hockey Tigers cuba bangkit menerusi gol padang Faizal Saari pada minit ke-53, bagaimanapun, Phil Roper pula menyempurnakan jaringan padang enam minit kemudian untuk melengkapkan kemenangan dan meletakkan skuadnya di tempat ketiga kejohanan.
Ia kekalahan kedua skuad bimbingan Stephen Van Huizen kepada England selepas tewas 7-3 dalam saingan Kumpulan A sebelum ini.
Malaysia bakal beraksi dalam Final Liga Hoki Dunia di Bhubaneswar, 1 hingga 10 Disember ini, selepas berada dalam kelompok empat terbaik menyertai England, Argentina, Belanda, selain tuan rumah, India.
Kedudukan keempat teratas di London turut mengesahkan skuad negara melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali kelapan selepas layak sebanyak tujuh kali -- 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.
Dalam aksi separuh akhir semalam, Malaysia tumpas kepada Argentina 2-1 sementara Belanda menewaskan England 2-0.