BERBASIKAL
Skuad lelaki lebuhraya terlepas slot Olimpik Paris
Selepas pengesahan rasmi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa, UCI mengumumkan Malaysia mendapat satu slot untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
Situasi ini menceriakan kem negara memandangkan ini merupakan kali pertama pelumba wanita akan mengambil bahagian di temasya sukan terbesar dunia itu.
Namun, ada juga yang berharap agar skuad lebuhraya lelaki negara berdepan situasi sama.
Iklan
Realitinya perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan rekod skuad lelaki negara berdasarkan ranking dan kutipan mata UCI.
Terpanggil untuk mendapatkan pencerahan lanjut, Karl Nunis mendapatkan reaksi dua individu penting dalam sukan berbasikal negara
"Kem basikal trek dapat dua slot untuk beraksi di Paris dengan Datuk Azizulhasni dan Shah Firdaus akan mengisi slot itu kerana itu pelumba terbaik kita sekarang ini. 100 peratus kami qualify, isunya bukan layak, tapi bagaimana untuk kami berada di podium di Sukan Olimpik nanti. Itu hala tuju perbincangan kami sekarang. Bukan isu kelayakan", ujar John Beasley, Ketua Jurulatih Berbasikal Trek Negara.
"Untuk pasukan lebuhraya lelaki negara, dukacita kami tidak dapat slot ke Paris 2024. Tapi kami akan bekerja keras untuk melayakkan diri ke Olimpik 2028. Ranking kita pun ke-64, ranking itu agak jauh berbanding sebelum-sebelum ini. Tapi untuk kelayakan ke Paris memang dah tertutup, tak boleh buat apa. Tahun lepas pun kita ada tercicir banyak mata sebab pro team, Sapura tak dapat sertai kebanyakan perlumbaan, itu buat kami tercicir mata. Maybe selepas ini ada team TSG dan MPC, boleh bantu kita untuk collect point dan layak ke Olimpik 2028", kata Ketua Jurulatih Berbasikal Lebuhraya Lelaki Negara, Mohd Yusof Nasir.
Must-Watch Video