Skip to main content

Sukan Lain

Skuad hoki wanita tewas tipis di tangan Afrika Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-wanita.jpg
Skuad hoki wanita negara yang memulakan siri persahabatan bertemu Afrika Selatan di laman sendiri, dengan langkah kiri susulan kekalahan 1-2 semalam.

Ketua jurulatih, Nasihin Nubli, enggan melatah dengan keputusan tersebut sebaliknya menitik-beratkan elemen pembelajaran dalam kekalahan itu.

Skuad Malaysian Tigress membariskan kombinasi gandingan pemain senior dan muda gagal mencapai keserasian efektif.

Sekembalinya skuad negara beraksi secara kompetitif selepas kali terakhir di saingan Trofi Juara-Juara Asia Disember lalu -- masih menunjukkan sisi kelemahan dan perkara itu mendapat perhatian barisan kejurulatihan negara.

Nasihin hanya menunggu masa untuk memanggil tonggak berpenggalaman negara pada masa terdekat.

 

Advertisement

Must Watch Video