MALAYSIA 1 SEPANYOL 3
Skuad hoki wanita negara mengalami kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan B, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia apabila tumpas kepada Sepanyol 3-1 di Brussels, Belgium, awal pagi tadi.
Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ketua pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani, hasil pukulan sudut penalti pada minit ketiga.
Kelebihan itu gagal dipertahankan apabila Sepanyol membalas dengan tiga gol, bermula jaringan padang Carola Salvatella pada minit ke-28.
Dua gol lagi dijaringkan Lola Riera hasil penalti strok dan pukulan sudut penalti masing-masing pada minit ke-31 dan 36.
Ini kekalahan kedua skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas tewas kepada jaguh nombor empat dunia, Australia, 3-0 dalam perlawanan pembukaan kelmarin.
Malaysia yang menghuni tangga tercorot Kumpulan B seterusnya akan menentang Belgium, Sabtu ini.