Skip to main content

Sukan Lain

Skuad hoki wanita langkah kiri di Brussels

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

22617hokiwanitamalaysia_1.jpg
MALAYSIA 0 AUSTRALIA 3

Skuad hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri selepas tumpas 0-3 kepada Australia dalam perlawanaan pembukaan Kumpulan B, separuh akhir Liga Hoki Wanita di Brussels, Belgium, malam ini.


Australia menjaringkan gol menerusi pakar pukulan sudut penalti, Maddy Fitzpatrick, pada minit keempat sebelum dia sekali lagi muncul penjaring kedua pada minit ke-44.

Malaysia mempunyai peluang pertama dan terbaik untuk memecah kebuntuan apabila percubaan Nurul Nabiha Mansur yang tepat ke arah gawang ditampan kemas penjaga gol lawan. 

Penjaga gol negara, Farah Ayuni Yahya, dikecewakan buat kali ketiga selepas Georgina Morgan pula menyempurnakan pukulan sudut penalti hasil pukulan rendah ke sebelah kanan.

Malaysia seterusnya akan berdepan Sepanyol pada Jumaat, 12 tengah malam, dengan misi meraih satu kemenangan di Brussels untuk mara ke suku akhir dan layak ke Piala Dunia tahun depan.

Saingan Kumpulan A yang berlangsung hari ini menyaksikan China dan Itali seri 2-2.

Advertisement

Must Watch Video