Seramai 24 pemain skuad Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan bakal mengikuti Siri Jelajah China dan menjalani enam perlawanan antarabangsa berdepan Lioning Club bermula 13 hingga 25 Jun ini.
Young Tigress akan berlepas ke China sebelum memulakan aksi persahabatan pertama pada 15 Jun, disusuli aksi kedua dan ketiga pada 17 dan 18 Jun.
Skuad kendalian Nor Saiful Zaini akan meneruskan tiga lagi aksi persahabatan antarabangsa pada 20,22 dan 24 Jun sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Baginya, objektif utama siri Jelajah China ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain dengan perlawanan bertaraf antrabangsa dan membentuk gandingan serta barisan pemain terbaik.
Katanya, sasaran utama jelajah kali ini adalah mahu meningkatkan prestasi para pemain dan pasukan serta memupuk keyakinan di dalam diri pemain apabila beraksi dalam perlawanan antarabangsa.
“Pemain yang saya bawa ialah mereka yang pernah beraksi di TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MHJL), Kelayakan Piala Dunia Remaja serta pemain-pemain yang dicadangkan oleh jurulatih luar dan pemain yang dilihat berpotensi untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
“Sasaran jelajah ini ialah untuk memperbaiki kemahiran pemain dan pasukan dalam perlawanan antarabangsa. Dalam masa sama, saya ingin meningkatkan komitmen pemain dalam padang semasa berdepan tekanan, mendapatkan minit permainan, meningkatkan lagi stamina mereka serta memupuk keserasian bermain bersama dalam pasukan.
“Aksi persahabatan ini juga memberi peluang kepada semua pemain supaya dapat menyesuaikan diri dalam perlawanan antarabangsa, membina keyakinan diri lebih tinggi semasa dan selepas bermain di siri jelajah, namun tetap akan berhati-hati agar tiada kecederaan serius yang terjadi.
“Kami juga berharap dengan siri jelajah ini, ia mampu meningkatkan bahagian serangan dan pertahanan skuad remaja negara,” kata Nor Saiful.
Untuk rekod, tugasan pertamanya adalah membentuk skuad terbaik bagi mengharungi Piala Dunia Remaja 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 28 November hingga 10 Disember di Chennai, India dan edisi seterusnya pada 2027.