HOKI

Skuad hoki negara taruh kepakaran penjaring terbanyak dunia

Stadium Astro
Muzaffar Musa
01/10/2024
11:41 MYT
Sponsor Banner
Skuad hoki negara taruh kepakaran penjaring terbanyak dunia
Penjaring terbanyak dunia hoki moden, Sohail Abbas, menjadi sandaran baru untuk menyelesaikan masalah ketumpulan penyudah skuad hoki negara.
Bekas kapten Pakistan itu, yang tiba di negara hari ini, diberikan peranan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk menjadi penolong jurulatih kepada Sarjit Singh, yang dikritik hebat selepas kegagalan The Speedy Tigers dalam Trofi Juara-Juara Asia (ACT) bulan lalu
"Ia pasti mengambil masa, ia bukan seperti saya menggosok lampu dan jin akan keluar," kata Sohail kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Ia memerlukan masa tetapi seperti yang saya katakan, saya sentiasa mencuba yang terbaik.
"Sewaktu saya bermain, sewaktu saya berlatih dan kini, ketika saya berada di sini, saya mempunyai naluri dari hati saya dan apa sahaja yang saya lakukan, saya memberikan 100 peratus dengan ikhlas kerana itulah yang saya boleh lakukan
"Saya rasa apabila anda melakukan sesuatu dengan ikhlas dan positif, ia akan dapat dilihat kepada siapa anda mengajarnya.
"Saya percaya mereka akan bersedia bermain untuk saya dan negara ini," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video