Skip to main content

Sukan Lain

Skuad hoki ais negara bakal miliki gelanggang latihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-ais.jpg
Skuad hoki ais negara bakal mempunyai tempat latihan sendiri susulan Kementerian Belia dan Sukan serta Persekutuan Hoki Ais Malaysia dalam perancangan mencari lokasi baru untuk skuad kebangsaan menjalani latihan, selain menganjur kejohanan peringkat antarabangsa.

Difahamkan, usaha menghubungi pengendali gelanggang ais berpotensi sedang dijalankan dan pengumuman akan dibuat selepas pengesahan.

Antara lokasi yang dilengkapi gelanggang ais setakat ini adalah Sunway Pyramid, IOI City Mall dan Empire City Damansara.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video