MALAYSIA 4 POLAND 3
Skuad hoki 5s lelaki negara mencipta sejarah apabila layak ke final edisi pertama Kejohanan Piala Dunia Hoki 5s dengan mengatasi Poland 4-3 dalam aksi separuh akhir di Muscat, Oman awal pagi tadi.
Arif Syafie Ishak terlebih dahulu meletakkan skuad negara di depan menerusi pukulan penalti pada minit ketujuh tetapi pendahuluan itu hanya bertahan selama dua minit sebelum gol padang Damian Jarzembowski kembali mengikat kedudukan buat Poland.
Bagaimanapun, cerita selepas itu lebih berkisarkan kepada penguasaan skuad negara bermula dengan jaringan padang Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-19 dan disusuli dengan dua jaringan pantas ketua pasukan, Akhimullah Anuar Esook, masing-masing pada minit ke-22 dan 24.
Poland cuba melakarkan kebangkitan dengan dua jaringan yang disempurnakan Wojciech Rutkowski (m-27) dan Jakub Holosyniuk (m-30) tetapi ia masih belum cukup untuk menafikan kemenangan skuad negara.
Malaysia seterusnya akan bertemu Belanda bagi penentuan gelaran pada awal pagi esok.