Skuad futsal negara hilang taring dibelasah Indonesia


Oktober 13, 2024 07:34 MYT
Skuad futsal Malaysia terpaksa berputih mata selepas tewas 0-6 kepada Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam.
Corak permainan skuad negara dilihat hilang arah menyebabkan penjaga gol, Syawal Sabaruddin tewas dengan percubaan padu Firman Ardiansyah seawal minit keempat.
Indonesia yang dibimbing Hector Souto terus selesa menerusi jaringan Ardiansyah Runtuboy dua minit kemudian dari sisi kanan pintu gol sebelum satu lagi jaringan oleh Evan Soumilena gagal diselamatkan Syawal pada minit kesembilan.
Evan tampil lebih garang dengan menambah jaringan kedua peribadinya hasil percuban dalam kawasan D dan melengkapkan hatrik pada minit ke-32.

Full Time! #FriendlyMatch ?? INDONESIA 6-0 MALAYSIA ?? Timnas Futsal Indonesia raih kemenangan + cleansheet ?#FutsalSeries #TimnasDay pic.twitter.com/sQJpoArHzO

— FaktaBola (@FaktaSepakbola) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di saat Malaysia mula mengatur strategi dengan menurunkan barisan terkuat diketuai tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Abu Haniffa, ia tidak dibenarkan Samuel Amos Ronsumbre yang terus menutup tirai jaringan Indonesia dengan kemenangan 6-0.
Bagaimanapun, skuad Malaysia kendalian Rakphol Sainetngam harus dipuji melihat kepada kesungguhan yang ditampilkan meskipun peminat tempatan berharap lebih banyak percaturan diperbaiki.
Skuad futsal negara akan berlepas ke Thailand pada 23 Oktober ini untuk menentang Australia dan Myanmar dalam perlawan persahabatan sebelum saingan Kejuaraan Futsal AFF 2024 bermula 2 November di Nakhon Ratchasima dengan Brunei menjadi tentangan pertama skuad kebangsaan.
#Malaysia #Harimau Malaya #Futsal #Indonesia
;