Skuad Footgolf wanita negara melakar kejutan selepas mengheret juara dunia 2023, Jepun, dalam aksi playoff sekali gus melakar kemenangan bersih 2-0 dalam Kejohanan Footgolf Piala Asia, di The Els Club, Desaru, hari ini.
Skuad Wanita negara yang dibarisi Steffi Siddhu, Fatin Shahida dan Nisa Alina mengikat Jepun 1-1 sebelum ke aksi playoff untuk muncul sebagai juara Asia.
Dalam pada itu, kategori lelaki pula menyaksikan hasrat wakil negara untuk menewaskan Jepun tidak kesampaian apabila ketenangan Takuya Kumakura menyempurnakan sepakan terakhir di pusingan kalah mati pada lubang 18 memastikan Malaysia sekadar muncul naib juara.
Malah, Jepun terus mendominasi dalam kategori Senior Lelaki selepas menewaskan wakil negara 2-1 sekali gus melunaskan dendam selepas tewas dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini.
Saufi Tahir
Fri Sep 27 2024