Selepas mencipta kejutan dengan meloloskan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia pada Kejohanan Footgolf Piala Dunia Tahun 2023 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat, pasukan Footgolf Malaysia kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran sejarah yang baru.
Biarpun sukan Footgolf masih asing di dalam senario sukan tempatan, namun berbekalkan semangat yang membara, pasukan Footgolf Malaysia nekad membuktikan bahawa kejayaan di dalam sukan ini turut mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.
Kejohanan Footgolf Piala Asia yang bakal berlangsung di The Els Club Desaru pada 23 hingga 27 September depan itu menjadi medan pertembungan di antara enam negara yang aktif di dalam sukan yang mencabar dan penuh teknikal ini iaitu Malaysia, Jepun, China, Chinese Taipei, Korea Selatan dan Australia.
Selaku tuan rumah, sudah pasti pasukan Footgolf Malaysia menyasarkan untuk bergelar juara Asia.
Ketua pasukan, Mohd Fahmi Hatta, yakin dengan kemampuan pasukan yang telah berlatih bersama beberapa bulan ini dengan berkata: “Dengan persediaan rapi yang telah dilakukan, kami semakin mengenali kekuatan dan kelebihan setiap rakan sepasukan, ini penting untuk pemain mempersiapkan diri untuk menghadapi pasukan lawan terutama dalam acara berpasukan nanti, berdepan dengan pasukan pasukan pilihan seperti Jepun dan China”.
Dengan jadual kejohanan yang padat sepanjang 5 hari itu nanti, menurut salah seorang lagi pemain, Hanif Miswan, yakin dengan pengalaman yang dibawa ketika menyertai Piala Dunia di Orlando bakal mematangkan dirinya dan rakan sepasukan yang lain.
Dia yang juga merupakan Pengulas Sukan, Pengacara Tv dan Penyampai Radio teruja untuk beradu kehebatan dalam sukan footgolf berdepan dengan pasukan lain di rantau Asia ini.
“Skuad kali ini menarik, ada adunan pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa dan mempunyai ranking yang tinggi di peringkat Dunia dan Asia. Selain Jepun dan China, ada juga pasukan berpengalaman seperti Australia yang merupakan tuan rumah untuk edisi Piala Asia terdahulu , Korea Selatan dan Chinese Taipei yang boleh disifatkan sebagai pendatang baharu dalam sukan ini… jadi peluang Malaysia seimbang dan InshaAllah kita boleh melakukan kejutan menjadi juara.
Untuk pengetahuan, Kejohanan Footgolf Piala Asia ini akan mempertandingkan tiga kategori utama iaitu Men Open, Men Senior dan Women Open. Pastinya pasukan Footgolf Malaysia menyasarkan untuk menjuarai kesemua kategori yang ada, sekali gus mencapai misi menawan Asia.
Naib Presiden Persatuan Footgolf Malaysia, Jeffrey Cottam, yang juga merupakan pemain kategori Men Senior nombor satu di Asia pada ketika ini berharap agar penganjuran kali ini membuka mata penggemar sukan di Malaysia terutamanya untuk lebih mengenali dan mencuba sukan ini.
“Kejohanan ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan dan secara konsisten di masukkan juga di dalam kalendar Hari Sukan Negara, sambutan di peringkat nasional. Jadi dengan penganjuran berskala antarabangsa ini, sudah pasti ianya bakal menjadi satu lagi lembaran sejarah dalam sukan tempatan.
“Sukan Footgolf mempunyai potensi yang tinggi untuk pemain negara, kami ada pemain yang berkedudukan ranking Top 20 dalam penyertaan pertama ketika Piala Dunia, terpilih untuk menyertai France Masters untuk tahun ini dan saya sendiri menjuarai Terbuka Australia 2024 dalam kategori senior baru baru ini, jadi kami menjemput peminat peminat sukan untuk hadir ke Desaru hujung bulan ini dan menyokong pasukan Footgolf Malaysia mencipta sejarah”.
Sebagai rekod, Malaysia mempunyai beberapa pemain yang menyinar di peringkat Asia dan Dunia untuk tahun 2024, dan ini bakal menjadi kayu ukur kepada prestasi yang diharapkan ketika kejohanan nanti.
Setiausaha Persatuan Footgolf Malaysia merangkap Pengurus Pasukan Footgolf Malaysia kali ini, Mohd Hafiz Zainudin, yakin dengan lebih pendedahan diberikan, pasukan Malaysia boleh melangkah jauh dalam sukan ini di persada dunia.
“Dengan penglibatan lebih 40 negara di seluruh dunia yang aktif dalam sukan ini, tidak mustahil Footgolf boleh disenaraikan di temasya Olimpik dan Malaysia menjadi salah satu Pasukan Gergasi Dunia satu hari nanti.
"Namun, fokus kami jelas pada Piala Asia 2024 kali ini, doakan misi Malaysia tawan Asia berjaya," katanya.