Ketua jurulatih Dodgeball kebangsaan, Kent Lau Tuck Keong, berasakan ia adalah masa yang tepat untuk merampas semula gelaran juara dunia tatkala ia dianjurkan di tempat sendiri.
Untuk rekod, Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) memenangi bidaan tuan rumah Kejuaraan Dodgeball Dunia 2026.
Ia sekali gus, adalah peluang terbaik buat mereka menebus kembali kegagalan ke final edisi lalu selepas tewas kepada Amerika Syarikat (AS).
"Jika diadakan di Malaysia, kami mempunyai kelebihan terbaik menentang pasukan lawan.
"Tahun lalu, kami mempunyai banyak pemain baru yang pertama kali bermain dalam kejohanan besar.
"AS beraksi begitu cemerlang dan kami banyak buat kesilapan.
"Saya yakin akan memperoleh minimun dua pingat emas jika berlangsung di sini," katanya di Nadi Arena.