Skuad boling padang kebangsaan berada dalam misi mempertahankan kejuaraan menjelang Piala Lion City di Singapura bermula 22 Julai ini.
Ketua jurulatih negara, Zuraidi Puteh, menyifatkan tiada alasan untuk skuad kebangsaan gagal mempamerkan persembahan sebenar apabila mendapat suntikan kombinasi pemain muda dan senior dalam kejohanan kali ini.
"Sudah pasti ada tekanan dan cara untuk mengatasinya adalah lebih penting di namun, yang paling penting adalah pendedahan kepada pemain yang terpilih berdasarkan ranking yang ditetapkan," kata ketua jurulatih, Zuraidi Puteh.
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, Daeng Dhadyry, sedia melunaskan impiannya yang tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 sebelum ini.
"Sudah pasti misi paling utama adalah untuk mencari kejuaraan kerana itu merupakan impian setiap atlet yang mewakili skuad kebangsaan," katanya.