Skip to main content

Sukan Lain

Skuad besbol wanita sertai kejohanan sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

besbol-wanita.jpg
Skuad besbol wanita negara akan menghadapi cabaran sulung dalam Kejohanan Besbol Wanita Antarabangsa di Taiwan , 22-26 Mei ini. 

Sukan besbol tidak asing buat negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Cuba. 

Bagaimanapun, ia sukan yang tidak mendapat sambutan di Malaysia walaupun memiliki pengikutnya yang tersendiri.

Dengan dibarisi oleh pemain dari seluruh pelosok tanah air, termasuk Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Perak, skuad wanita negara sudah mula menjalani latihan sejak Disember lalu. 

Ketua jurulatih, Sazali Husain, lebih cenderung untuk memberikan pendedahan kepada anak buahnya untuk berdepan pasukan gergasi, seperti Jepun, Taiwan dan Hong Kong, dalam pusingan "round-robin". 

"Pasukan ini merupakan satu-satunya pasukan besbol di Malaysia dan Asia Tenggara.

"Kami hanya dapat berlatih dengan pasukan lelaki, jadi kami terpaksa mencari perlawanan di luar negara.

"Ia untuk memastikan mereka (pemain) mendapat pendedahan yang sama dengan skuad lelaki," katanya.

Sazali juga berharap pendedahan itu dapat membantu skuad negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia di China, November depan. 

"Ia memang sukar untuk berdepan pasukan nombor satu dunia, Jepun.

"Namun, inilah pendedahan terbaik untuk pasukan kami sebagai pendedahan sebelum menyertai Piala Asia, yang juga kelayakan Piala Dunia, November depan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video