Kejayaan muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Karate Kebangsaan Ke-19 di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu, membuktikan skuad karate Sabah di landasan tepat dalam melahirkan atlet karate berkualiti pada masa akan datang.
Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin, berkata kesemua yang dihantar ke kejohanan itu adalah atlet junior dan muda.
"Tiada atlet Sukma yang pergi ke kejohanan itu, semuanya atlet junior dan muda. Pencapaian ini membuktikan kami memiliki banyak potensi yang boleh diasah untuk kejohanan akan datang, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
"Kami perlu meneruskan pembangunan sukan ini dan membimbing atlet-atlet muda untuk menjadi lebih baik serta berkualiti dan tidak mustahil mereka mampu beraksi dalam Sukan Olimpik suatu hari nanti," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu.
Dalam kejohanan di Kuala Lumpur itu, Sabah muncul juara keseluruhan selepas mengumpul 16 pingat emas, 10 perak dan 13 gangsa.
Kejohanan yang turut menerima penyertaan atlet karate luar negara itu juga menyaksikan kelab karate dari Malaysia, Bushido Karate, munjul naib juara keseluruhan selepas mengumpul lapan pingat emas, dua perak dan enam gangsa manakala Akademi Karate Suba di tempat ketiga dengan enam emas, enam perak serta 10 gangsa.