Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Shaiful Shamsudin
Mei 20, 2024 20:48 MYT
Mei 20, 2024 20:48 MYT
S. Sivasangari melonjak ke ranking ke-10 dunia dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Jelajah PSA Wanita, sebentar tadi.
Berikutan kemaraannya ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Skuasy di Kaherah, Mesir, ditambah kecemerlangan dalam Kejohanan Klasik London bulan lalu, dia mendaki satu lagi kedudukan -- secara tidak langsung muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern.
Sementara itu, Mesir menguasai tiga tangga teratas menerusi Nour El Sherbini, Nouran Gohar dan Hania El Hammamy.
Pemain lelaki negara, Ng Eain Yow, turut menunjukkan perkembangan positif kariernyanya dengan menguasai tangga ke-15 dunia.