SUKAN SEA
Siti Zalina lega kem latihan di Thailand lulus
Atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, menganggap kelulusan saat akhir untuk menjalani latihan selama 15 hari menggunakan padang rumput di Thailand sebagai satu kelegaan menjelang Sukan SEA Filipina bulan depan.
Kekangan akibat ketiadaan padang rumput di Malaysia menyukarkan latihan skuad negara.
Bagi atlet berpengalaman itu, sesi latihan di padang rumput dan padang sintetik mempunyai banyak perbezaan dan kelulusan itu dapat membantu mereka menyesuaikan diri memandangkan tuan rumah temasya berkenaan akan menggunakan padang rumput di venue acara itu.
Iklan
"Di Malaysia, kami menggunakan padang tiruan, kepantasan di padang rumput agak perlahan.
"Daripada segi taktikal dan cara kami bermain agak berbeza," katanya.
Sukan SEA Filipina sekadar menawarkan enam pingat emas dan acara kegemaran Siti Zalina, iaitu acara perseorangan, tidak dipertandingkan.
"Tiada masalah besar, cuma kami mahu setiap pemain dapat rasa keadaan sebenar sebelum ke Filipina," tambahnya.
Must-Watch Video