Siti Nurul Masyitah Elias dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan tulang pinggul dan bahu.

Atlet kayak Malaysia itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah Hospital swasta selepas dilanggar yang pemandu mabuk ketika menuju ke Pusat Latihan Kanu di Bakar Batu. Johor Bahru.

Siti Nurul Masyitah cedera parah dan diseret sejauh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.

Abangnya, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, mendedahkan: "Satu pembedahan sekali gus (dijalankan) tulang pelvis dan tulang bahu kanan, pihak hospital beritahu pembedahan akan datang buat pembedahan plastik.

“Sebab itu saya jangka adik saya akan mengalami masalah di bahu dan pinggang memandangkan beliau memang menggunakan tenaga di bahagian tangan,” katanya ketika ditemui di hospital swasta.


Dalam masa sama, Exco Belia Sukan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata kerajaan negeri akan membantu daripada segi rawatan dan memantau perkembangan pingat gangsa Sukan SEA Kemboja itu selain menanti kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan.