Skip to main content

Sukan Lain

Siti Nurul Masyitah dimasukkan ke ICU

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

masyitah.jpg
Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, yang dilanggar oleh pemandu mabuk dan diseret sejauh 600 meter telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), di sebuah hospital di Iskandar Puteri, Johor, sebentar tadi.

Menurut ahli keluarga, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023 itu diberi pemantauan rapi selepas menjalani dua pembedahan sekali gus di bahagian tulang pelvis dan bahu kanan, semalam. 

Dalam masa sama, pihak hospital turut berkongsi bahawa Masyitah perlu menjalani pembedahan plastik selepas mengalami kecederaan parah melibatkan kulitnya. 

Advertisement

Must Watch Video