Skip to main content

Permotoran

Siri Le Mans Asia: Afiq tidak sabar ulangi kejayaan di Sepang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afiq29118.jpg
Gelaran Pemandu Terbaik Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2017 memberi nafas baru buat Afiq Ikhwan Tazid dalam misi menamatkan pusingan akhir dengan kedudukan tiga terbaik dalam Siri Le Mans Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Afiq menganggap anugerah yang dimenanginya itu seperti 'bulan jatuh ke riba' untuk menyuntik semangat baru bagi memastikan kejayaan podium di SIC bersama-sama dua rakan pasukan, Jazeman Firhan Jaafar dan Weiron Tan.

Apatah lagi, kejayaan sulungnya dalam perlumbaan ketiga Siri Le Mans Asia bersama dua pemandu itu di Litar Buriram, Thailand masih lagi terasa untuk pasukan Jackie Chan DC Racing X JOTA Sport mengekalkan momentum.

"Semuanya berjalan sangat baik di Buriram. Kami memenangi perlumbaan itu. Kami menjadi pelumba Malaysia pertama memenangi perlumbaan enam jam di sana.

"Saya sangat bangga dan berharap dapat melakukan yang terbaik di Sepang minggu depan," kata Afiq.

Jazeman yang terlebih dahulu meraih tempat ketiga pusingan kedua di Fuji, Jepun, bulan lalu tidak menolak kehadiran Weiron dan Afiq untuk bergandingan buat kali pertama membantu perlumbaan di Buriram.

"Pasukan saya bekerja seperti biasa. Kami akan lakukan perkara sama seperti di Thailand.

"Tetapi saingan akan lebih sengit daripada Thailand kerana ia pusingan akhir dan lebih ramai pelumba Eropah yang datang. Saya sangat teruja kerana sudah 10 tahun tidak berlumba di Sepang," kata Jazeman.

Advertisement

Must Watch Video