HOKI
Siri Jelajah Eropah: The Speedy Tigers uji Belanda, India sebagai dua perlawanan terakhir
Skuad hoki negara akan mengakhiri baki saingan persahabatan Siri Jelajah Eropah bertemu Belanda dan India selepas mencipta persembahan cemerlang di Jerman, baru-baru ini.
Ketua jurulatih, Sarjit Singh, berpuas hati apabila pemainnya bangkit daripada kekalahan lalu untuk mencatatkan kemenangan besar 9-2 ke atas Kelab Hoki Monchengladbach, semalam.
Selepas dibelasah Jerman 1-10 kelmarin, The Speedy Tigers tidak mudah patah semangat untuk membenam cabaran Monchengladbach dengan Faizal Saari muncul pemain paling cemerlang dengan empat gol.
Sebelum ini, The Speedy Tigers turut mengejutkan skuad Belgium B dengan melakar dua kemenangan berturut-turut dengan keputusan sama 3-2 di Antwerp.