Siri Jelajah Eropah: Jerman benam The Speedy Tigers 10-1 di Monchegladbach

Saufi Tahir
Julai 7, 2024 23:45 MYT
Skuad The Speedy Tigers tewas 1-10 berdepan cabaran pasukan di kedudukan ke-5 dunia, Jerman, dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Eropah 2024 di Monchegladbach, sebentar tadi.
Jaringan tunggal Malaysia hadir menerusi pemain penggalaman, Mohd Fitri Saari pada minit ke-47 melalui pukulan sudut penalti.
Dalam tiga perlawanan terakhir menyaksikan skuad bimbingan Sarjit Singh itu berjaya meraih dua kemenangan berdepan Belgium B dan satu lagi keputusan tewas berdepan pasukan sama.
Skuad negara akan berdepan tujuh perlawanan secara keseluruhan bagi menguji 20 pemain negara.
;