Skuad The Speedy Tigers akan mengharungi siri jelajah Australia bermula esok hingg 3 Mei dengan enam perlawanan persahabatan bakal dijadikan medan menguji kekuatan sebelum memulakan kempen FIH Piala Negara-Negara pada Jun ini.
Siri jelajah itu merupakan tugasan pertama kem senior negara dengan ketua jurulatih, Sarjit Singh, beranggapan ia merupakan satu peluang terbaik buat pemain-pemainnya mempamerkan aksi terbaik.
Untuk rekod, Skuad Speedy Tigers telah menjalani kem latihan bermula 3 Mac lalu dengan seramai 30 pemain dipanggil, bagaimanapun membariskan 22 pemain bagi siri jelajah ini.
Kem negara akan berdepan Western Australia pada 23 April disusuli aksi kedua berdepan pasukan pada keesokannya.
Baki empat lagi persahabatan menentang Australia pada 28 dan 29, serta 1 dan 2 Mei.
"Siri jelajah ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pemain-pemain yang dipilih kerana dengan intensiti perlawanan yang tinggi serta berdepan lawan yang berkualiti seperti Australia, ini adalah peluang terbaik mereka menunjukkan kebolehan yang dimiliki.
"Pasukan juga mahu pemain-pemain muda yang menyertai siri jelajah ini menggunakan pengalaman berharga ini dengan sebaik mungkin bagi terus memperbaiki diri kerana peluang bermain dengan pasukan berkualiti tinggi tidak akan selalu dimiliki.
"Kami mahu memberi tumpuan kepada pelaksanaan taktikal pasukan bermain di bawah tekanan dan konsisten dalam situasi tempo tinggi serta dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang
berbeza.
"Kami akan menilai bagaimana para pemain membuat keputusan, terutama bergerak sebagai satu unit ketika bertahan dan menyusun pergerakan dalam menyerang.
"Selain itu, kami berharap dapat membina keserasian yang lebih kukuh dalam skuad dan menguji pelbagai kombinasi juga strategi dalam suasana yang kompetitif." katanya.
The Speedy Tigers mempunyai beberapa kejohanan besar pada tahun ini termasuk Kejohanan Piala Asia yang menawarkan slot automatik ke Piala Dunia buat pasukan yang muncul juara dan kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos hingga 7 September di India.
Malah, skuad Hoki Lelaki Kebangsaan turut menyertai dua kejohanan lain iaitu Piala Sultan Azlan Shah dari 22 hingga 29 November serta Sukan SEA Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025.
Berikut senarai 22 pemain dipilih sertai Siri Jelajah Australia:
Penjaga Gol
1. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN OTHMAN
2.MOHAMMAD RAFAIZUL BIN MOHAMAD SAINI
Pertahanan
3. MUHAMMAD MARHAN BIN JALIL
4. SYED MOHAMMAD SYAFIQ BIN SYED CHOLAN
5. MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN BIN AZAHAR
6. FAIZ HELMI BIN JALI
7. MUHAMAD FARIS BIN HARIZAN
8. ANDYWALFIAN JEFFRYNUS
9. MUHAMMAD NAJMI FARIZAL BIN JAZLAN
10. SYARMAN BIN MAT TEE
Tengah
11. MOHD FITRI BIN SAARI
12. NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK ROZEMI
13. MUGHNI BIN MOHAMAD KAMAL
14. MUHAMMAD ADAM ASHRAF BIN MOHD JOHARI
15. MUHAMMAD SHAFIQ BIN HASSAN
16. ALFARICO LANCE LIAU JR
Penyerang
17. SHELLO SILVERIUS
18. MUHAMMAD AZRAI AIZAD BIN ABU KAMAL
19. NORSYAFIQ BIN SUMANTRI
20. MOHAMMAD HARRIS ISKANDAR BIN OSMAN
21. MOHAMAD AKHIMULLAH BIN ANUAR ESOOK
22. MUHAJIR BIN ABDU RAUF