BERBASIKAL

Sir Chris Hoy dedah sedang bertarung dengan kanser

Muzaffar Musa 17/02/2024 | 04:48 MYT
Juara Sukan Olimpik enam kali, Sir Chris Hoy, mendedahkan bahawa dia didiagnosis menghidap kanser.
Bekas pelumba berbasikal trek berusia 47 tahun itu berkata dia kini sedang menjalani rawatan, termasuk chemotherapy, yang dianggapnya berjalan dengan amat baik dan dia kini berasa sihat.
Menulis dalam satu kiriman Instagram, Hoy berkata: "Saya ada sedikit berita. Tahun lalu, saya didiagnosis menghidap kanser, yang memberikan saya kejutan besar memandangkan saya tiada sebarang simptom pada ketika itu.
"Saya kini sedang menjalani rawatan, termasuk chemotherapy, yang saya bersyukur ia berjalan dengan amat baik.
"Saya dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada semua profesional perubatan atas bantuan dan penjagaan yang luar biasa daripada mereka," katanya.
#Berbasikal #Berbasikal trek
;