Acara akhir memanah compound lelaki berpasukan menjadi tumpuan pada hari terakhir Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025, membabitkan trio pemanah daripada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM).
MASUM yang dibarisi tiga pemanah kebangsaan, Nabil Thaqif Shaharuddin, Muhammad Nur Azimi dan Abdul Hannan, tampil lebih cemerlang walaupun perlu beraksi dalam hujan.
Mata panahan yang seimbang membantu mereka mendahului pemanah MSPM, Ahmad Najwan, Aqil Aiman dan Qayyum Zakwan Naim 58-55 di set pertama.
MASUM terus melakukan teknik panahan sempurna dan mengekalkan penguasaan di tiga set seterusnya, untuk menamatkan saingan dengan skor akhir 233-215.
"Alhamdulillah, bagi saya prestasi kami kekal sama dari awal tahun hingga ke hari ini.
"Ini adalah apa yang kami selalu tembak.
"Kami bersyukur dapat tembak dengan elok hari ini," kata Thaqif kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Hasil latihan dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk hujan sememangnya membantu trio MASUM membidik panah ke sasaran tepat dan menjadi faktor utama emas milik mereka.
"Ia lebih kepada ketahanan mental.
"Kami sudah menjangkakan situasi ini berikutan Malaysia selalu hujan.
"Kami sudah berlatih dalam hujan dan kami sangat seronok," tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Cuaca hujan bukan penghalang trio memanah compound lelaki MASUM yang dibarisi pemanah negara untuk tewaskan MSPM 233 - 215 di pentas akhir SIPMA 2025. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/g7TZujWaC7
— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) September 7, 2025
"Kami bersyukur dapat tembak dengan elok hari ini," kata Thaqif kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Hasil latihan dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk hujan sememangnya membantu trio MASUM membidik panah ke sasaran tepat dan menjadi faktor utama emas milik mereka.
"Ia lebih kepada ketahanan mental.
"Kami sudah menjangkakan situasi ini berikutan Malaysia selalu hujan.
"Kami sudah berlatih dalam hujan dan kami sangat seronok," tambahnya.

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!
Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.
Dapatkan Sekarang