Acara 400 meter akhir membuktikan atlet Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM) berada di kelas tersendiri apabila unggul dengan dua pingat emas kategori lelaki dan wanita, Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).
Selepas berjaya mencipta rekod peribadi baru, 47.60 saat dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan penghujung bulan lalu, N. Kanishkann turun dengan pecutan pada awal larian sebelum mengekalkan kelajuan konsisten hingga ke garisan penamat dengan catatan masa 48.64s.
Baginya, prestasi dalam kejohanan sebelum ini memberi semangat untuk terus melakar kejayaan dan dia turut meluahkan rasa syukur mampu menyumbang emas buat kontinjen yang diwakilinya.
"Selepas hampir setahun berusaha, akhirnya saya dapat emas.
"Saya agak kepenatan kerana tidak cukup proses pemulihan tapi dengan harapan tinggi yang diletakkan, saya berjaya membantu MSSM," katanya.
Juara kategori wanita, Shayna Marianne Pereira, pula berpuas hati dengan emasnya meskipun bukan dalam prestasi terbaik.
Larian yang ditampilkan hari ini bukan di had maksimum memandangkan Shayna terpaksa berhati-hati ekoran kecederaan ringan yang belum pulih sepenuhnya sewaktu bertanding dalam Kejohanan Olahraga MSSM sebelum ini.
Bagaimanapun, duka meraih perak berjaya diubatinya menerusi catatan 57.44s.
"Sebelum ini menuju 10m, saya mengalami kecederaan dan dapat perak.
"Tapi kali ini saya berpuas hati dapat membantu MSSM menebusnya," katanya.