Dominasi penuh kontinjen MSSM apabila membolot pingat emas dan perak dalam acara tenpin bowling kategori berpasangan lelaki di Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025.
Selepas melakar emas bersama pasukan negara di Kejohanan Tenpin Bowling Remaja Asia ke-24 di Qatar pada 25 Julai hingga 2 Ogos lalu, Sayed Syawal Irfan mewakili MSSM B meneruskan rentak kecemerlangan dan membantu rakan sepasukan Muhammad Haziq Hakim untuk memastikan emas dalam genggaman dengan 2557 jumlah jatuhan pin.
Kedudukan takhta pendahulu saling bersilih ganti sejak set pertama antara MSSM A dan B, tetapi gandingan Syawal dan Haziq tidak menoleh kebelakang pada penghujung set kelima untuk terus menjarakkan mata sepanjang set keenam dengan 445 jatuhan pin sekaligus meraih kejuaraan.
Mengakui lambat panas pada awal permainan namun Haziq meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada syawal yang membantunya untuk bangkit dengan momentum balingan yang lebih baik sehingga tamat keseluruhan permainan.