Skip to main content

Sukan Lain

SIPMA 2025: Izzatul Musfirah mahu terus cipta sensasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul-musfirah.jpg
Pelari pecut wanita negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal, meluahkan hasratnya untuk terus mencipta sensasi dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 di Johor Bahru minggu ini.

Meskipun melakar sejarah menjadi penerima Anugerah Olahragawati sebanyak dua kali dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bulan lalu, Izzatul Musfirah akan turun tanpa sebarang tekanan serta yakin mampu meneruskan momentum kecemerlangannya, terutama dalam acara 100 meter.

"Saya mahu ambil peluang yang saya ada ini ketika usia yang agak muda kerana sebelum ini, saya ada pengalaman bersaing dalam SIPMA 2023," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Ketika itu merupakan kali pertama saya bersaing dengan atlet di peringkat universiti.

"Dalam masa sama, ketika itu juga saya masih terlalu muda pada usia 15 tahun tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan pingat emas.

"Jadi, saya mahu menggunakan kejayaan itu untuk dibawa sebagai semangat pada tahun ini bagi melakar sejarah yang lebih indah."


 

Advertisement

Must Watch Video