Skip to main content

Sukan Lain

SIPMA 2025: Balingan keempat, kelima batal tapi tetap bawa pulang emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sipma_1.jpg
Final acara baling tukul besi Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 berakhir penuh bergaya buat atlet daripada kontinjen Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Rizad Azri Che Radzi, selepas memastikan gelaran juara miliknya menerusi balingan sejauh 48.75 meter (m).

Konsistensi balingan tukul besi 7 kilogram (kg) yang dipamerkan sepanjang enam percubaan memberi kelebihan jelas berbanding pencabar lain walaupun percubaan 4 dan 5 miliknya dibatalkan.

Azri mengakui bulatan atau 'ring' balingan yang kurang kesat sedikit mengganggu fokusnya, namun kunci kemenangan adalah hasil kawalan ritma ayunan serta ketepatan langkah sebelum balingan.

Saingan sengit turut ditampilkan wakil Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Solomon Ng Guang Zhong, yang meraih pingat perak dengan rekod balingan 45.71m.

Berbekalkan hanya seminggu latihan, atlet berusia 17 tahun ini cukup berpuas hati apabila catatan yang diperoleh juga menjadi rekod peribadi terbaik buat dirinya.
 

Advertisement

Must Watch Video