BOLING

Sin Li Jane terus membara, bawa pulang RM46,000

Muzaffar Musa 31/05/2024 | 04:12 MYT
Jaguh boling tenpin wanita negara, Sin Li Jane, membuktikan dia masih memiliki sentuhan terbaik apabila meraih gelaran keduanya tahun ini.
Selepas menamatkan penantian tujuh tahun untuk memenangi gelaran kedua dalam Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) dua minggu lalu, pemain berusia 32 tahun itu meraih gelaran keduanya tahun ini dengan menjuarai PWBA Klasik Greater Nashville di Tennesee hari ini.
Li Jane mengetepikan jaguh Singapura, Cherie Tan, yang merupakan juara kejohanan jelajah empat kali, dengan keputusan 257-208 dalam final satu lawan satu di Pusat Boling Smyrma.
Kemenangan itu menyaksikan Li Jane membawa pulang hadiah wang tunai bernilai US$10,000 (RMRM46,874).
#Sin Li Jane #boling tenpin
;